Isnin, 20 Mei 2013

Solat Sunat Tahajud

Apa itu Solat Sunat Tahajud

Solat Sunat Tahajud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur, walaupun tidur sekejap.  Waktunya antara Isyak sehingga Subuh.  Jumlah rakaat tidak terbatas, paling kurang 2 rakaat.  

Kelebihan dan Kebaikan


Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD


    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
Wassalam.
Artikel adalah sumbangan dari : Saudara Rosli Hanip
Panduan Solat Sunat Tahajud
Terdapat berbagai cara untuk melakukan sembahyang Tahajjud. Kesemua ini pernah dilakukan oleh Rasulullah. Di antara cara-cara nya adalah:-

  • Cara yang diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a., iaitu:
Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya, lantas bersugi dan berwuduk. Kemudian baginda membaca awakhir (awal dan akhir) surah Ali Imran. Setelah itu baginda berdiri dan sembahyang dua rakaat dengan memanjangkan berdiri, rukuk dan sujud. Sesudah itu baginda tidur agak sebentar, kemudian bangun dan melakukan sebagaimana yang dilakukan tadi. Demikianlah berulang-ulang hinga sampai tiga kali sembahyang. Dan baginda akhiri Tahajjudnya itu dengan tiga rakaat Witir. Ketika azan Subuh berkumandangoleh muazzin, baginda keluar untuk pergi ke masjid, ketika itu Rasulullah s.a.w. membaca doa:



  • Cara yang diterangkan oleh Aishah, iaitu:
"Bahawa Rasulullah membuka sembahyangnya dengan dua rakaat yang ringan. Kemudian bersembahyang sebanyak 10 rakaat sunat Tahajjud dengan lima salam, akhirnya baginda melakukan sembahyang Witir sebanyak satu rakaat."
Di dalam riwayat yang lain, Aisyah menerangkan bahawa Rasulullah mengerjakan dua rakaat Iftitah, kemudian sembahyang Tahajjud sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Akhirnya mengerjakan sembahyang Witir 5 rakaat dengan satu tasyahud dan satu salam.

Sementara dalam riwayatnya yang lain pula, Aisyah menerangkan bahawa Rasulullah mengerjakan sembahyang Tahajjud sebanyak 8 rakaat dengan 2 tasyahud dan 2 salam. Kemudian melakukan sembahyang Witir sebanyak 3 rakaat.





1.  Sebelum mengerjakan solat Tahajjud baca doa berikut

2.  Niat solat Tahajjud:
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku menunaikan solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.


3.  Surah selepas Al-Fatihah:

a.      Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b.       Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas

c.     Rasulullah SAW membaca 10 ayat terakhir, surah Al-Imran, pada solat Tahajjudnya.


4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

6.  Doa Solat Sunat Tahajjud

MEMUDAHKAN SOLAT MALAM:


  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan solat tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda: 

 “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan solat sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   

(Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

Jumaat, 17 Mei 2013

Doa Manzil

Aku dengar radio sinar.fm rasanya..time tu Dato Fadzilah Kamsah ada cakap amalkan ayat-ayat doa manzil.  Sebab doa manzil bagus untuk merawat pelbagai penyakit.  Makanya mulala saya mengoogle dan terjumpa blog ni.  http://matahati-mama.blogspot.com/2012/03/ayat-manzil.html...  Minta izin Puan Blog untuk copy & paste dalam blog saya agar mudah untuk rujukan.  Niat untuk print out agar mudah dibaca untuk amalan.

Untuk mengetahui kelebihan doa manzil ini leh rujuk link di atas..

MANZIL


  • Surah Al-Fatihah
  • Surah al-Baqarah 1 - 5

  • Surah al-Baqarah 163

  • Surah al-Baqarah 255

  • Surah al-Baqarah 256

  • Surah al-Baqarah 257
  • Surah al-Baqarah 284 - 286





  • Surah al-Imran 18
  • Surah Al-Imran 26 - 27



  • Surah Al-A'raaf 54 - 56






  • Surah Al-Israa' 110 - 111


  • Surah Al-Mu'minuun 115 - 118






  • Surah Asy-Syafaat 1 - 11
























  • Surah Ar-Rahman 33 - 40
















Surah Al-Hasyr 21 - 24












  • Surah Al-Jinn 1 - 4












  • Surah Al-Kafirun


  • Surah Al-Ikhlas


  • Surah Al-Falaq

  • Surah An-Nas