Sebab nak tau sangat maksud ayat membebel ni, jenuh aku cari bantuan dalam 'GOOGLE'. Setakat ni tak ada pulak jumpa. Lantakla.. Apa yang aku tau banyak cakap.. Tapi betul ke banyak bercakap itu membebel? Bagi aku tak jugak. Contoh kejadian yang kerap sangat aku kene ialah: orang lain patut kene marah aku kene tadah telinga. Dah tu bila nak suruh orang laksanakan kerja dibebelnya dekat aku, napa tak cakap dengan orang yang sepatutnya disuruh buat kerja.. Eh tolong ok atas aku de lagi yang lebih berhak untuk memberi arahan. Ke ko nak suruh aku ni buat semua kerja tu? Huh tolong lagi sekali aku bukan sukarelawan kat ofce nih.. Lau aku betul-betul nak jadi sukarelawan baik aku tolong rumah anak yatim tu. Lagi banyak pahala aku dapat.
Okla...tapi bila aku fikir balik mungkin membebel ni cara seseorang untuk luahkan perasaan.. Tapi masalahnya, kemungkinan aku tengah ada kerja, tengah serabut, aku pun de masalah. Nak lak handle kes orang datang membebel kat aku yang tak ada kaitan dengan aku. Akupun bukanla zalim sangat dan jenis tak memahami kawan-kawan sampai tak nak dengar luahan masalah korang tapi cuba cari masa yang sesuai.
Kekadang membebel ni ada baiknya. Contoh kes nak tegur kesilapan dan kesalahan, macam mak dan anak, isteri dan suami dan juga suami dan isteri dll. Cuma cara bebelan tu kene ada hematnya. Ada batasannya, jangan terlalu banyak sampai melalut-lalut dari matlamat asal. Bagiku biarla padat dan ringkas serta difahami.
Hahaha..ni aku tulis ni pun dah jadi macam membebel je. Agaknya yang membaca pun leh stress....Hahahaha...Okla layan jap gambar yang aku jumpa dalam 'GOOGLE' dengan tujuan untuk hiburan aku jugak sebab baru lepas dengar bebelan yang terlampau melampau melalut-lalut bebelan tu. FUHHHHH HILANG SIKIT STRES AKU....



