Jumaat, 12 April 2013

Lamanye...sudahnya kacang botor...kacang botol?

fuh...lamanya tak update blog ni..hahahahaha...ni kes dah malas nak update walaupun ada banyak cerita yang nk di coretkan untuk tatapan dan rujukan sendiri kelak.

hahaha...sebab harini hari jumaat banyak masa terluang time rehat tengahhari ni maka bolehla catatan dibuat..  kali ni nak kongsi cerita tanam kacang botol sendiri di rumah..

dekat kampung abah yang dah pencen telah pun memulakan pelbagai jenis tanaman di depan rumah..  walaupun kawasan tak adalah sebesar mana tapi agak puasati sebab banyak juga boleh tanam pelbagai tanaman...

antaranya adalah sayur...?ulam...?macam-macam...sudahnya kacang botor yang aku biasa panggil..kadang-kadang kacang botol pun ada ditanam..dan mintala benih kacang botor tu dekat abah.  Dan kebetulan juga masa sesi jejak kasih ke Jengka 21, singgah ke rumah sepupu mak di Taman Jaya, Temerloh - Pakcik Mudakir bagi benih kacang botor...haaaa macam gambar di bawah ini lah...




Itupun amik masa 2-3 minggu baru nak semai anak benih tu sebab cadang nak tanam dalam pasu je.  Terbantut nak menanam sebab nak beli tanah dan baja kompos..hahahaha...  Setakat ini seingatnya rasa minggu lepas baru tanam dah tak ingat hari apa dan hari selasa baru ni tengok dah naik anak benih tu sejengkal....waaaahhhhh sangat selonok dan teruja betul....

minggu depan nak tengok dan amik gambar pulak..baru nampak perjalanan hidup kacang botor tu...hahahaha....poyo betul...kes excited...takut mula-mula je ni....hopefully tak la kan....

ni kira sedikit sebanyak info yang aku google dan boleh dijadikan rujukan semua.  Leh layan link di bawah :


Rujukan

 Zaleha Ujang. (17 Oktober 2011) Agrobiz: Tip tanam kacang botor. Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia. Capaian 4 Ogos 2012.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan