Khamis, 28 November 2013

Al-Mulk

Mari kita memperhatikan terjemahan Bahasa Melayu ayat 1 - 30 Surah al-Mulk:

[1]Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;


[2]Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

[3]Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

[4]Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

[5]Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

[6]Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

[7]Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.

[8]Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”

[9]Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! “

[10]Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.

[11]Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.

[12]Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

[13]Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

[14]Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

[15]Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

[16]Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?

[17]Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?

[18]Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.

[19]Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[20]Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.

[21]Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

[22]Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?

[23]Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

[24]Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.

[25]Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”

[26]Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.

[27]Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”.

[28]Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.

[29]Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.

[30]Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.

Jumaat, 22 November 2013

Cara Berzikir Menggunakan Tangan

http://matahati-mama.blogspot.com/2012/05/zikir-menggunakan-jari-jemari-tangan.html


contoh kira tasbih guna jari kanan:
Kita mula kira dari ruas pertama jari kelingking.  Terus kira ikut ruas hingga ke hujung jari, kemudian turun balik ikut ruas. Ulangi proses hingga sampai ke ibu jari. Kiraan yang terkandung dalam 5 jari kita semuanya berjumlah 33x.  Jadi contoh: jika kita bertasbih Subhanallah 33x, bertahmid Alhamdulillah 33x, bertakbir Allahu Akhbar 33x maka bolehlah kita genapkan dengan ucapan tahlil iaitu Lailahaillallah 1x bagi mencukupkan 100x.  Jadi hanya perlu ulang bilang dengan 5 jari kita sebanyak 3 pusingan. Begitu mudah untuk gunakan jari semasa berzikir.  Alhamdulillah.


(gambar dari google)

Jumaat, 15 November 2013

12 Cara Atasi Rendah Diri


  1. Akur dan reda setiap individu ada kelemahan dan kelebihan tersendiri.  Terima kekurangan diri dan cari kelebihan yang ada dalam diri.
  2. Anggap potensi dan kemampuan anda setaraf dengan orang lain
  3. Tanamkan keinginan untuk terus belajar ke peringkat lebih tinggi
  4. Luaskan pergaulan dengan orang yang bersikap optimis dan positif.  Pelajari cara mereka menjalani kehidupan seharian, cara mereka berkenalan dengan orang baru, cara mereka memperlakukan orang lain, cara mengatasi situasi dan menangani masalah.
  5. Pegang teraju diri.  Kemudi hidup di tangan diri sendiri.
  6. Jangan anggap kegagalan maka berakhirnya kehidupan.  Bangun dan hadapi rintangan untuk menggapai hasil yang lebih lumayan.
  7. Mulai perbualan dan rajin bertanya terutama kepada orang yang baru dikenali.
  8. teliti dan tingkatkan penampilan terutama ketika keluar rumah.  Bentuk penampilan baru yang lebih mantap dan berkeyakinan tinggi.
  9. Sentiasa bersikap tenang dalam pengendalian diri terutama ketika situasi cemas, asing dan tertekan.  Ambil nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan.  Singkirkan imiginasi negatif.
  10. Cuba sesuatu yang baru tanpa ada batasan.  Keterbatasan hanyalah sebuah kesalahan dalam cara kita berfikir.
  11. Kembangkan kemahiran diri tanpa henti.  Orang lebih menghormati diri dan kemampuan kita dari jawatan kita.
  12. Salur sumbangan kepada semua manusia tanpa mengira jantina, warna kulit, bangsa, agama, paras rupa dan status ekonomi.  Sumbangan tak semestinya dalam bentuk duit.


Tip Tingkatkan Harga Diri ( Lakukan langkah praktikal berikut)

  1. Baca buku yang boleh memotivasikan diri
  2. Sentiasa berdoa untuk mengembalikan keyakinan
  3. Cungkil bakat diri atau kemahiran yang terpendam
  4. Jaga kesihatan, stamina dan kebersihan tubuh
  5. Cari mentor, penasihat atau pakar motovasi
  6. Bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah
  7. Beri penegasan positif terhadap diri untuk merangsang fikiran sedar dan fikiran bawah sedar sebelum bertindak
  8. Berfikiran positif bahawa diri anda lebih baik daripada apa yang anda fikirkan.
  9. Ubah cara berfikir.  Orang yang anda anggap sempurna juga ada kekurangan.
  10. Terima diri seadanya.
  11. Kenali diri dan hargai diri sendiri.  Orang lain tidak akan berhasiol memanipulasi minda anda atau menjatuhkan anda.





 sumber majalah SOLUSI

Hikmah Memberi Hadiah

Amalan memberi hadiah adalah satu ibadah yang digalakkan dalam Islam.  Pemberian ikhlas dan tanpa mengharapkan pembalasan akan mewujudkan kesempurnaan untuk meraih cinta, kasih sayang dan kesatuan hati.
Antara perkara yang mengembirakan di dunia adalah menerima hadiah dari orang yang tidak dijangka.  Lebih bermakna jika hadiah yang diterima merupakan benda yang sangat diperlukan atau telah lama diidam-idamkan. 
Balaslah hadiah
Kebiasaannya orang yang menerima hadiah akan memberikan penghargaan dengan ucapan terima kasih dan membalasnya sekiranya berkemampuan pada masa akan datang.  Membalas hadiah merupakan sunnah. Apabila tidak mampu membalas, pujilah pemberi hadiah dan mendoakan kebaikkan untuknya dengan ucapan : "Jazakallahu khairan."
Walaupun hadiah yang diberikan tidak disukai, janganlah menunjukkan sikap negatif dan perkataan yang boleh menyinggung hati pemberi.  Namun orang yang memberikan hadiah janganlah pula mengharapkan pembalasan dengan segera. 
 Hadiah yang diberi dengan niat yang baik, penuh keikhlasan akan melahirkan umat yang saling menyayangi dan mencintai antara satu sama lain.

sumber dari majalah SOLUSI

Rabu, 13 November 2013

6 CARA MERAWAT HATI

Membersihkan hati adalah lebih penting selain memperbanyakkan amalan.  Ini kerana amalan yang diterima adalah amalan yang disertai dengan keikhlasan dan ketaatan hati.  Berikut adalah cara-cara menurut pakar ulama untuk menguabati hati :

  • Pastikan makan dan minuman adalah halal   - Rasulullah berpesan kepada Saad bin Muaz : "Wahai Saad, makanlah yang baik-baik, pasti doamu dimakbulkan." ( Riwayat al-Tabaran)
  • Membaca al-Quran - al-Quran merupakan penawar hati yang sakit. Dengan membaca al-Quran hati akan tenang, walaupun tanpa mengetahui maknanya.  Maka apatah lagi jika difahami dan dihayati.
  • Berzikir   - apabila hati terasa kering dan keras, berzikirlah.  Allah berfirman : " Bukankah dengan berzikir, hati menjadi tenang."  Zikir merupakan air pada hati yang kering, zikir juga akan menanggalkan segala kotoran dosa yang menggelapkan hati.  Bagaimanapun orang yang berzikir dengan lidahnya tetapi tidak hati, zikir itu tidak dapat mengubat hatinya.  Impak zikirullah terjadi apabila menyedari Allah sentiasa melihat dan mengawasi. 
  • Sedikit berbicara   - Tanda orang yang banyak bercakap adalah sering memonopoli perbualan, selalu memintas cakap orang lain dan gemar berbalah.  Banyak berbicara menjadikan seseorang keras kepala dan dibenci orang. 
  • Menyendiri buat sementara waktu dan bermuhasab diri   - Ambil masa untuk menyendiri untuk menilai diri, mengaudit diri dalam rangka memperbaiki diri. 
  • Kurangkan makan dan perbanyakkan puasa   - Rasa lapar akan membersihkan hati, menguatkan tekad dan menajamkan hati.  Kekenyangan akan menumpulkan ketajaman berfikir dan membutakan hati, akibatnya menjadi lembab untuk memahami ilmu.


Sumber daripada majalah SOLUSI

Isnin, 20 Mei 2013

Solat Sunat Tahajud

Apa itu Solat Sunat Tahajud

Solat Sunat Tahajud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur, walaupun tidur sekejap.  Waktunya antara Isyak sehingga Subuh.  Jumlah rakaat tidak terbatas, paling kurang 2 rakaat.  

Kelebihan dan Kebaikan


Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD


    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
Wassalam.
Artikel adalah sumbangan dari : Saudara Rosli Hanip
Panduan Solat Sunat Tahajud
Terdapat berbagai cara untuk melakukan sembahyang Tahajjud. Kesemua ini pernah dilakukan oleh Rasulullah. Di antara cara-cara nya adalah:-

  • Cara yang diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a., iaitu:
Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya, lantas bersugi dan berwuduk. Kemudian baginda membaca awakhir (awal dan akhir) surah Ali Imran. Setelah itu baginda berdiri dan sembahyang dua rakaat dengan memanjangkan berdiri, rukuk dan sujud. Sesudah itu baginda tidur agak sebentar, kemudian bangun dan melakukan sebagaimana yang dilakukan tadi. Demikianlah berulang-ulang hinga sampai tiga kali sembahyang. Dan baginda akhiri Tahajjudnya itu dengan tiga rakaat Witir. Ketika azan Subuh berkumandangoleh muazzin, baginda keluar untuk pergi ke masjid, ketika itu Rasulullah s.a.w. membaca doa:



  • Cara yang diterangkan oleh Aishah, iaitu:
"Bahawa Rasulullah membuka sembahyangnya dengan dua rakaat yang ringan. Kemudian bersembahyang sebanyak 10 rakaat sunat Tahajjud dengan lima salam, akhirnya baginda melakukan sembahyang Witir sebanyak satu rakaat."
Di dalam riwayat yang lain, Aisyah menerangkan bahawa Rasulullah mengerjakan dua rakaat Iftitah, kemudian sembahyang Tahajjud sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Akhirnya mengerjakan sembahyang Witir 5 rakaat dengan satu tasyahud dan satu salam.

Sementara dalam riwayatnya yang lain pula, Aisyah menerangkan bahawa Rasulullah mengerjakan sembahyang Tahajjud sebanyak 8 rakaat dengan 2 tasyahud dan 2 salam. Kemudian melakukan sembahyang Witir sebanyak 3 rakaat.





1.  Sebelum mengerjakan solat Tahajjud baca doa berikut

2.  Niat solat Tahajjud:
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku menunaikan solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.


3.  Surah selepas Al-Fatihah:

a.      Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b.       Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas

c.     Rasulullah SAW membaca 10 ayat terakhir, surah Al-Imran, pada solat Tahajjudnya.


4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

6.  Doa Solat Sunat Tahajjud

MEMUDAHKAN SOLAT MALAM:


  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan solat tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda: 

 “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan solat sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   

(Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

Jumaat, 17 Mei 2013

Doa Manzil

Aku dengar radio sinar.fm rasanya..time tu Dato Fadzilah Kamsah ada cakap amalkan ayat-ayat doa manzil.  Sebab doa manzil bagus untuk merawat pelbagai penyakit.  Makanya mulala saya mengoogle dan terjumpa blog ni.  http://matahati-mama.blogspot.com/2012/03/ayat-manzil.html...  Minta izin Puan Blog untuk copy & paste dalam blog saya agar mudah untuk rujukan.  Niat untuk print out agar mudah dibaca untuk amalan.

Untuk mengetahui kelebihan doa manzil ini leh rujuk link di atas..

MANZIL


  • Surah Al-Fatihah
  • Surah al-Baqarah 1 - 5

  • Surah al-Baqarah 163

  • Surah al-Baqarah 255

  • Surah al-Baqarah 256

  • Surah al-Baqarah 257
  • Surah al-Baqarah 284 - 286





  • Surah al-Imran 18
  • Surah Al-Imran 26 - 27



  • Surah Al-A'raaf 54 - 56






  • Surah Al-Israa' 110 - 111


  • Surah Al-Mu'minuun 115 - 118






  • Surah Asy-Syafaat 1 - 11
























  • Surah Ar-Rahman 33 - 40
















Surah Al-Hasyr 21 - 24












  • Surah Al-Jinn 1 - 4












  • Surah Al-Kafirun


  • Surah Al-Ikhlas


  • Surah Al-Falaq

  • Surah An-Nas