- Akur dan reda setiap individu ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Terima kekurangan diri dan cari kelebihan yang ada dalam diri.
- Anggap potensi dan kemampuan anda setaraf dengan orang lain
- Tanamkan keinginan untuk terus belajar ke peringkat lebih tinggi
- Luaskan pergaulan dengan orang yang bersikap optimis dan positif. Pelajari cara mereka menjalani kehidupan seharian, cara mereka berkenalan dengan orang baru, cara mereka memperlakukan orang lain, cara mengatasi situasi dan menangani masalah.
- Pegang teraju diri. Kemudi hidup di tangan diri sendiri.
- Jangan anggap kegagalan maka berakhirnya kehidupan. Bangun dan hadapi rintangan untuk menggapai hasil yang lebih lumayan.
- Mulai perbualan dan rajin bertanya terutama kepada orang yang baru dikenali.
- teliti dan tingkatkan penampilan terutama ketika keluar rumah. Bentuk penampilan baru yang lebih mantap dan berkeyakinan tinggi.
- Sentiasa bersikap tenang dalam pengendalian diri terutama ketika situasi cemas, asing dan tertekan. Ambil nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan. Singkirkan imiginasi negatif.
- Cuba sesuatu yang baru tanpa ada batasan. Keterbatasan hanyalah sebuah kesalahan dalam cara kita berfikir.
- Kembangkan kemahiran diri tanpa henti. Orang lebih menghormati diri dan kemampuan kita dari jawatan kita.
- Salur sumbangan kepada semua manusia tanpa mengira jantina, warna kulit, bangsa, agama, paras rupa dan status ekonomi. Sumbangan tak semestinya dalam bentuk duit.
Tip Tingkatkan Harga Diri ( Lakukan langkah praktikal berikut)
- Baca buku yang boleh memotivasikan diri
- Sentiasa berdoa untuk mengembalikan keyakinan
- Cungkil bakat diri atau kemahiran yang terpendam
- Jaga kesihatan, stamina dan kebersihan tubuh
- Cari mentor, penasihat atau pakar motovasi
- Bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah
- Beri penegasan positif terhadap diri untuk merangsang fikiran sedar dan fikiran bawah sedar sebelum bertindak
- Berfikiran positif bahawa diri anda lebih baik daripada apa yang anda fikirkan.
- Ubah cara berfikir. Orang yang anda anggap sempurna juga ada kekurangan.
- Terima diri seadanya.
- Kenali diri dan hargai diri sendiri. Orang lain tidak akan berhasiol memanipulasi minda anda atau menjatuhkan anda.
sumber majalah SOLUSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan