Jumaat, 15 November 2013

Hikmah Memberi Hadiah

Amalan memberi hadiah adalah satu ibadah yang digalakkan dalam Islam.  Pemberian ikhlas dan tanpa mengharapkan pembalasan akan mewujudkan kesempurnaan untuk meraih cinta, kasih sayang dan kesatuan hati.
Antara perkara yang mengembirakan di dunia adalah menerima hadiah dari orang yang tidak dijangka.  Lebih bermakna jika hadiah yang diterima merupakan benda yang sangat diperlukan atau telah lama diidam-idamkan. 
Balaslah hadiah
Kebiasaannya orang yang menerima hadiah akan memberikan penghargaan dengan ucapan terima kasih dan membalasnya sekiranya berkemampuan pada masa akan datang.  Membalas hadiah merupakan sunnah. Apabila tidak mampu membalas, pujilah pemberi hadiah dan mendoakan kebaikkan untuknya dengan ucapan : "Jazakallahu khairan."
Walaupun hadiah yang diberikan tidak disukai, janganlah menunjukkan sikap negatif dan perkataan yang boleh menyinggung hati pemberi.  Namun orang yang memberikan hadiah janganlah pula mengharapkan pembalasan dengan segera. 
 Hadiah yang diberi dengan niat yang baik, penuh keikhlasan akan melahirkan umat yang saling menyayangi dan mencintai antara satu sama lain.

sumber dari majalah SOLUSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan